Mari mendengar Ceramah Agama.

    7 comments
    arieydesignr Salam semua..aku ada membuat sedikit penambahan didalam blog ini.Aku ingin berkongsi dengan anda-anda semua koleksi ceramah-ceramah agama yang ada pada aku dan akan aku upload sedikit demi sedikit untuk dikongsi kepada anda yang berminat untuk mendegar ceramah agama.Koleksi ceramah-ceramah agama ini ada aku dapati didalam internet dan ada juga melalui pembelian.
    Buat pertama kali ini aku akan berkongsi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar idrus.Ceramah yang disampaikan oleh beliau mungkin kurang difahami kerana mengunakan loghat terengganu jadi dinasihatkan anda mencari translator jika kurang memahaminya ya.Dan aku harap dengan perkongsiaan ini akan dapat memperkukuhkan lagi iman kita semua.Dan diharap juga perkongsiaan ini akan memberi manafaat kepada anda..
    p/s:Aku akan cuba upload kesemua ceramah itu sedikit demi sedikit kerana connection internet aku terlalu lembab.sekian wasalam.
                                                   


    Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segi tiga bermuda

    13 comments
    IMG_1252 “Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segi tiga bermuda “ beginilah tajuk buku yang akan aku cuba reviewkan kepada anda.Aku membuat review tentang buku ini kerana didalam buku ini terdapat berbagai-bagai pengetahuaan mengenai asal-usul kejadiaan dajjal yang sangat jarang diambil tahu oleh orang ramai pada masa kini walaupun nabi kita Nabi Muhammad S.A.W telahpun memperingatkan kepada kita tentang perihal dajal ini semasa zaman baginda lagi.
          Rasullullah S.A.W bersabda,"Wahai sekalian manusia,sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi ini sejak Allah menciptakan Nabi Adam dan keturunannya yang lebih dasyat daripada dajjal.Aku adalah nabi terakhir,dan kamu sekalian adalah umat terakhir pula.Dajjal pasti keluar dari tenggah-tengah kamu.Jika ia keluar,sedang aku diantara kamu,maka aku akan mengalahkannya dengan hujjah dan kemampuanku.Jika ia keluar setelah aku tiada maka setiap orang akan menjadi penolong bagi dirinya sendiri untuk mengalahkan musuhnya.Allah adalah pengantiku bagi setiap muslim…”
    Buku yang aku ingin review ini adalah karya daripada Muhammad Isa Dawud dan satu lagi karya beliau adalah dialog dengan jin islam.Buku setebal 433 mukasurat yang hanya berharga RM18.00 ini sangat berbaloi untuk anda membelinya kerana banyak maklumat mengenai asal usul dajjal yang tidak pernah terfikir oleh kita selama ini berserta bukti-buktinya sekali.
    Didalam buku ini ada menceritakan asal usul dajjal yang dilahirkan sebelum masa kenabian nabi musa a.s lagi.Dajjal yang dikutuk oleh Allah mempunyai umur yang panjang yang ditangguhkan kematiannya (min al-munzharin) oleh Allah S.W.T.Dajjal dilahirkan dari lelaki dan perempuan dari keturunan Yadhuza setelah masa 31tahun perkahwinan maka lahirlah seorang anak yang sangat membahayakan kedua orang tuanya,sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W
    “kedua matanya tidur tetapi hatinya tetap terjaga.”
    Di awal kelahiran Dajjal telah pun menunjukkan bahawa dia ini akan membawa bencana yang besar kepada manusia.Dia dilahirkan cacat kedua belah matanya dan suka tidur malam dan siang serta jarang untuk bangun untuk menghisap susu sehingga menyebabkan kematiaan ibunya kerana terkena penyakit tertahan air susu.Didalam buku ini juga ada menceritakan yang Dajjal sewaktu kecilnya dipelihara oleh Malaikat Jibril setelah mendapat perintah dari Allah S.W.T kerana Malaikat Jibril mendapat perintah dari Allah S.W.T untuk menghancurkan negeri tempat tinggal Dajjal itu kerana rakyatnya yang suka membuat maksiat dan berbagai-bagai keburukkan lagi dan dajjal ditinggalkan di suatu pulau yang terletak di suatu lautan luas yang disebut laut yaman.Malaikat Jibril selalu membawa makanan kepada Dajjal diatas perintah Allah S.W.T dan Allah S.W.T sangat menyanyangi anak itu,seraya berfirman kepada Malaikat Jibril.
    “Hai Jibril,anak itu adalah hambaku,tetapi di akhir zaman ia mengaku sebagai Tuhan yang disembah di muka bumi.Aku mengutus orang yang akan menyeksakannya dengan seksaan yang pedih dan akan membunuhnya pada suatu saat tertentu yang tidak diingkari oleh hambaku.Orang tersebut adalah seorang nabi yang diutus pada suatu masa dan akan menjadi wali,tanpa wahyu pada menjelang akhir zaman.”
    Didalam buku ini ini juga ada dicerikan tentang Dajjal dijaga oleh seekor binatang yang sangat besar,berbulu lebat dan mempunyai dua mata menonjol seperti mata lembu dan binatang itu juga boleh berkata-kata.Antara kata-katanya kepada Dajjal.
    “Engkau adalah seorang anak yang diselamatkan oleh Allah dari gempa yang dasyat ketika bumi terbalik,yang terjadi di negeri samirah.Engkau dibawa oleh malaikat agung iaitu Jibril.Ia membawamu kesini.Dan ia juga mengurus makan minummu.Oleh kerana itu janganlah engkau mengkhianati janjimu dengan Allah.Sebab pada setiap hati anak adam telah tertanam ketundukkan kepada Allah dan keimanan kepada-Nya selama mana ia masih berada dalam fitrah kesuciannya.Oleh itu.engkau sendiri mesti menjadi muslim dan mukmin yang yakin dan taat kepada Tuahn Pencipta Alam ini.Dialah tuhan yang maha esa.”
    Selama Dajjal didalam penjagaan haiwan itu dia telah diajar supaya taatkan Allah dan diajar mengucap dua kalimah syahadah dan berbagai-bagai ilmu lagi.didalam buku ini juga ada menceritakan akan perihal dajjal sewaktu zaman nabi Musa dan dialah juga yang telah menyesatkan kaum nabi Musa semasa Nabi Musa pergi menerima wahyu dari Allah S.W.T.Anda boleh rujuk kisah ini didalam Al-Quraan surah(Toha ayat:83-98).
    Sewaktu perjalanan Dajjal dia telah mendapat banyak ilmu pengetahuaan dan dia juga telah memutuskan untuk membuat penopang berbentuk piramid seperti bentuk piramid firaun di Puertorico dan Pulau bermuda.Kalau mengikut akal kita memang logiklah kerana berbagai-bagai kejadian misteri yang berlaku di tiga segi bermuda itu.Dan di dalam buku ini juga menceritakan tentang persahabatan Dajjal dengan Iblis dan juga menceritakan akan kehodohan rupa Iblis itu yang sangat menyeramkan sehingga hampir-hampir sahaja membekukan darah dalam saluran Dajjal.Diantara kata-kata iblis kepada Dajjal.
    “Wahai manusia (tanda) kiamat,aku telah menantimu sejak jutaan tahun.Aku telah membuat persiapan untukmu sejak kemunculan Nabi dari Arab ini untuk kita hancurkan umatnya yang menghadang dan merintangi kita.Permusuhan antara kita dan mereka tidak hilang.Entah mereka yang menang atau kita yang menang.Kalau kita menang,kita telah mengalahkan Allah.Kalau kita mengalahkan Allah kita memjadi tuhan bersamanya,yang tidak ada sekutu bagi kita.Itulah saat kita mencipta sebagaimana dia mencipta.Jika tidak katakanlah kepadaku darimana Allah mendatangkan makhluk-makhluk ini dan menciptakannya dari kaf dan nun?Pasti dia belajar dari Tuhan sebelumnya dan dapat memahami rahsia-rahsianya.Kemudian mengkhianati dan menciptakan ini dengan apa yang diketahuinya dari rahsia-rahsia itu.Aku dan engkau dapat mencapai apa yang telah dicapainya hanya dengan memusnahkan umat ini.Allah telah mengampuni Nabi mereka atas dosa-dosanya yang terdahulu dan yang akan datang,memberi mereka malam al-qadar yang lebih baik dari seribu bulan,memberi mereka tempat wukuf di Arafah.Mereka kembali dari Arafah bagaikan dilahirkan kembali oleh ibunya,memberi mereka istigfar (permohonan ampun) dan lalu dia pun menerima ampunan mereka,dan memberi mereka taubat dan menerima taubat mereka selama belum sakarat.Dia telah memuliakan mereka,lantas,megapa kita tidak menguasai dan menghancurkan mereka dengan keinginan nafsu dan cubaan hidup berupa harta,anak,wanita,emas,hukum,kekuasaan,dan kedudukan?Kita kirim kepada mereka para pembantu kita dari kalangan syaitan,jin dan manusia untuk menghancurkan mereka semuanya serta merobek Al-Quraan dalam dada mereka sehingga mereka menjadi muslim dalam nama saja.Kita jadikan orang orang-orang Yahudi,bangsamu itu,sebagai pemenang kepimpinan serta penerima korban dan tebusan sehingga kita mereka menetapkan pajak dan memperoleh apa yang dijanjikan kepada mereka untuk menguasai palestina.Dengan begitu,mereka menjadi penguasa seluruh dunia.Aku menjadi sahabatmu yang tersembunyi dan sekutumu di atas arsy dan kekuasaan.”
    Dalam buku ini ada bercerita tentang perihal tentang adanya piring terbang (ufo) berserta bukti-buktinya yang dikatakan sebagai kenderaan dajal.dan tidak mustahillah dajal boleh pergi dari satu tempat ke satu tempat hanya dengan sekelip mata kerana kecepatan piring terbang itu.Dan perlu diakui yang Dajal adalah seorang yang sangat geniues tetapi geniues yang jahat dan dia juga mengetahui akan kelebihan besi dan penulis buku ini mengambarkan yang piring terbang ini diperbuat daripada magnesium murni dan sangat jarang didapati dan penulis juga merasakan ia diperbuat daripada kepingan besi dengan daya magnet dalam tingkat tertentu,atau dari besi magnet sebagai mainan tetapi diberi sentuhan seni yang tinggi.Setelah itu dibuat pesawat yang tidak seorangpun mendahului Dajjal dalam pembuatannya.Walaupun kekufuran dan kesesatannya,ia mengetahui dengan baik “rahsia besar” dalam firman Allah;
    “Dan kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manafaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu),dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong  agamanya dan rasul-rasulnya padahal Allah tidak dilihatnya.Sesunguhnya Allah Mahakuat lagi Mahaperkasa (surah al-Hadid:ayat25)
    Didalam buku ini juga penulis menceritakan tentang simbol Dajjal yang ada terdapat diatas duit 1dollar Amerika.lihat gambar dibawah sebagai contoh.greatsealtetractysgu8
    Penulis menyebut menurut pendapat Batt robertson,cahaya mata yang terdapat diatas piramid itu adalah cahaya atau mata tuhan orang mesir kuno (Osiris),dua kata yang tertera dibahagian bawah lambang dengan bahasa Latin itu,yakni ‘Annuit Coeptis’,bermakna “sesungguhnya kepentingan kita sarat dengan pelbagai keberhasilan.Dan kata-kata ‘Novus Ordu Seclorum’, menjelasakan sikap kepentingan mereka yang bermakna “Tata Masyarakat baru”.Sementara itu Pear happies menulis sebuah buku berjudul’Jalan Menuju Dunia Diktaktor Yahudi’.ia menyatakan bahawa dolar amerika adalah murni matawang Zionis Israel.Kerananya tidaklah aneh kalau raja Zionis meletakkan capnya pada matawang  amerika itu.Dengan begitu ia memerintah dunia di bawah slogan “Tata Dunia Baru”.Sebelum itu pada tahun 1884,menteri kehakiman perancis seorang keturunan asli Yahudi,anggota elit kelompok Masuniyyah tingkat ke-33 dan salah seorang tokoh Gerakkan Puak Yahudi sedunia menulis.
    “Hari ini telah dekat masanya,ketika Orchalma menjadi rumah sembahyang (bait as-solah).Disini akan berkibar satu-satunya bendera israel,bendera Allah dan akan naik diatas pantai-pantai yang sangat jauh,Tidak mungkin orang Yahudi menjadi teman bagi orang masehi atau kristian atau muslim sebelum memancarkan sinar keimanan dan satu-satunya agama rasional,yang masa kedatangannya kedunia ini telah dekat.Inilah isyarat kehadirannya yang terdapat pada lembaran wang dollar amerika itu.ia memancarkan cahaya pada setiap orang yang membawa wang itu untuk mendapat kesenangan dengan lahirnya ‘Tata Dunia baru’.Yang menandai kembalinya Sang Juruselamat"(Dajal).
    Demikianlah serba sedikit penerangan daripada aku tentang Dajjal ini.dan jika ada terdapat sebarang kesilapan didalam tulisan ini itu adalah disebabkab atas kecuian semasa aku menulis.Semoga anda mendapat manafaat dari tulisan aku ini.Dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cerita ini anda bolehla mencari buku ini kerana aku yakin buku ini akan membuka minda anda apa yang sedang berlaku didalam dunia ini.Dan setelah membaca buku ini juga akan dapat memperkuatkan lagi keimanan kita kepada Allah.Semoga kita semua dijauhi daripada fitnah Dajjal ini.Sekian

    Membuat blog nofollow menjadi dofollow di blogspot.

    20 comments
    blogger malaysia
    Tahukah anda? salah satu cara untuk menaikkan page rank blog adalah dengan memberikan komen di blog orang lain.Tetapi di blog yang macam mana?..Mungkin sudah ada dikalangan anda yang sudah mengetahuinya tetapi kepada yang masih kabur dalam hal ini aku akan cuba untuk menjelaskannya secara live lebih terperinci.Apakah dia nofollow dan dofollow?..yang pastinya ia bukanlah iklan follow me yang pernah popular satu ketika dahulu tapi sekarang sudah jauh dimata hilang dihati..ehh!! apa aku merepek ni..

    Ok..Aku akan menjelaskan serba sedikit kepada anda apakah dia nofollow dan dofollow dan selepas itu aku akan tunjukkan cara untuk membuat nofollow dan dofollow di blog blogspot dan yang menggunakan wordpress pun boleh baca juga ya jangan berkecil limpa pulak nanti aku cuba-cubalah membuat tutorial untuk wordpress.Untuk pengetahuan anda maksud nofollow adalah setiap link yang anda masukkan apabila anda memberi komen di sesebuah blog tidak akan dilayan sama sekali oleh enjin pencarian seperti pakcik Google dan dalam erti kata yang lebih halus dipanggil no backlink to you.Yang melayan anda hanyalah tuan punya blog tempat anda memberikan komen itu sahaja.

    Dan jika blog anda tidak mendapat banyak backlink bagaimana blog anda akan mendapat kenaikan page rank.Jadi untuk menaikkan page rank dan mendapat backlink anda perlulah meninggalkan komen diblog-blog yang dofollow..Apakah dia dofollow?..yang dimaksudkan dengan dofollow pula adalah setiap link yang ditinggalkan hasil daripada komen-komen yang diberikan anda di blog-blog yang  dofollow akan dicari oleh enjin pencarian dan anda akan mendapat backlink daripada blog tersebut.Jika anda selalu memberikan komen di blog yang dofollow maka semakin banyaklah anda akan mendapat backlink dan ini amat baik untuk menaikkan pagerank blog anda.

    2936161823_6fb70231c0
    pernah tak anda melihat gambar ini di blog-blog yang anda kunjungi.?Aku harap semoga anda tidak tertipu dengan sesetengah blog yang meletakkan gambar ini di blog mereka seolah-olah dengan meninggalkan komen di blog mereka anda akan mendapat backlink daripada blog tersebut.Bagaimana untuk membezakan blog itu nofollow ataupun dofollow?.Aku akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk mengetahuinya.Jika anda menggunakan browser firefox anda hanya perlu pergi kepada nama orang yang meninggalkan komen itu kemudian anda klik kanan dan pilih properties.Jika blog itu nofollow dibahagian relation dia adalah nofollow dan jika blog itu dofollow reletion dia adalah dofollow ataupun kosong.Lihat screenshoot dibawah untuk lebih detail dan terampil.
    screenshot.4 blog do followscreenshot.6blog nofollow
    screenshot.8  
    sekarang aku akan tunjukkan bagaimana cara untuk kita menukarkan blog kita daripada nofollow kepada dofollow.Sila ikuti langkah-langkah untuk membuatnya dibawah.
    1.Login ke blogger.
    2.pergi ke layout--->edit HTML.
    3.Sila berikan tanda didalam kotak expand widget template.
    4.Kemudian anda cari kode dibawah ini
    <a expr:href='data:comment.authorUrl' rel='nofollow'>
    kalau tak jumpa anda boleh cuba guna ayat nofollow kerana setting komen di blogspot adalah secara default.Mesti jumpa jika belum diubah.
    5.setelah itu anda tukarkan ayat nofollow itu menjadi dofollow  seperti dibawah ini.
    <a expr:href='data:comment.authorUrl' rel='dofollow'>
    atau anda boleh delete ayat nofollow itu dan kodenya menjadi seperti ini.pilih salah satu.
    <a expr:href='data:comment.authorUrl'>
    6.Kemudian savekan template anda.Selesai,
    sila jangan kedekut untuk meninggalkan komen anda dibawah kerana blog aku berada dalam wilayah dofollow.Dan maaf artikel ini terlalu panjang kerana disebelah pagi aku mendapat banyak idea untuk menulis berbanding diwaktu malam hehe.

    Membuat Status Online Offline Yahoo Messenger di Ymgen.Com

    2 comments
    screenshot.8 Pada post aku yang terdahulu aku telah pun menunjukkan cara untuk membuat status online offline Yahoo Messenger sila rujuk disini .Kini aku ingin berkongsi dengan anda cara untuk membuat status online dan offline yahoo messenger di Ymgen.com pula.Image untuk status online dan offline yahoo messenger yang terdapat di Ymgen.Com lebih menarik daripada yang pernah aku tunjukkan kepada anda dahulu dan cara untuk membuatnya juga  lebih senang kerana anda hanya perlu memasukkan id ym anda sahaja didalam generator yang telah disediakan dan kemudian membuat pemilihan status yang anda inginkan.

    Di Ymgen.com ada terdapat sebanyak 24 jenis status online offline yahoo messenger yang cun dan boleh anda gunakan sebagai status ym anda.Untuk membuat status online offline yahoo messenger di Ymgen.Com ini anda boleh ikuti langkah-langkah untuk membuatnya dibawah.

    1.Pergi ke laman Ymgen.com.
    2.Masukkan Id Ym anda di dalam kotak generator.
    screenshot.9 3.Kemudian buat pilihan jenis status yang anda inginkan berikan tanda didalam bulatan dibawah status itu.screenshot.104. Setelah itu anda akan mendapat kode untuk status Yahoo messenger anda itu.Sila ambil yang di sebelah atas jika anda ingin meletakkannya didalam blog.
    screenshot.115.Anda boleh meletakkan kode status online offline Yahoo messenger anda itu di sidebar blog ataupun dimana sahaja mengikut selera anda..Selamat berYahooooo dari aku.

    Alternatif menggunakan javascript tanpa hosting.

    10 comments

    3329992877_9312a2ac7aAdakah di dalam blog anda ada menggunakan javascript?.Javascript digunakan untuk membuat pelbagai jenis special efek yang mungkin berguna untuk mencantikkan blog kita.Contoh javascript yang aku gunakan didalam blog ini ialah auto readmore dengan thumbnail image.Dengaan adanya javascript ini akan lebih memudahkan kerja kerana tidak memerlukan kita memotong ayat secara manual.Walaubagaimanapun penggunaan Javascript ini juga ada terdapat sedikit kelemahannya seperti akan melambatkan sedikit loading blog jika didalam blog itu terdapat terlalu banyak javascript.Punca terjadinya kelembapan sewaktu proses loading ini adalah kerana menggunakan hosting yang percuma dan hanya mendapat limited bandwitch.Perkara ini mungkin tidak terjadi jika anda mempunyai hosting sendiri.Tetapi aku akan menunjukkan Alternatif cara menggunakan javascript tanpa memerlukan hosting.

    Adakah anda tahu yang kita boleh memasukkan javascript itu terus kedalam kode HTML didalam template kita.Dibawah ini adalah cara yang biasa kita gunakan untuk memasukkan javascript dengan menggunakan hosting.

    Pergi ke layout—>Edit HTML

    <script src='http://URL-JAVASCRIPT-ANDA.js' type='text/javascript'></script>

    letakkan sebelum kode </head>

    Dibawah ini pula cara untuk memasukkan javascript kedalaman template tanpa menggunakan hosting.

    Pergi ke Layout—>Edit HTML

    Copy kode dibawah ini

    <script type='text/javascript'>
    //<![CDATA[
    your fulljavascript code here
    //]]>
    </script>

    Dan letakkan juga sebelum kode </head>


    Cara membuat back to top dengan icon.

    8 comments

    BACK TO TOP Cara membuat back to top dengan menggunakan icon  ini aku perolehi semasa aku sedang mencari-cari template yang bersesuaian untuk aku jalankan kerja-kerja menaik taraf template khususnya template untuk blogspot.Tujuan kita membuat back to top ini adalah untuk memudahkan pengunjung di blog kita kembali semula ke halaman diatas tanpa perlu melakukan scroll pada browser.Aku sangat menyarankan kepada sesiapa yang mempunyai artikel yang panjangnya berjela-jela sehingga kadang-kadang sampai 10 post hanya pada satu halaman dan lebih parah lagi tanpa membuat read more!!..Tolonglah..kesianlah kepada pembaca-pembaca setia di blog anda dan janganlah mendera mereka dengan membuat scroll didalam blog anda itu ya.

    Dan nasihat daripada aku kalau tak nak buat read more anda boleh setkan hanya 4-5 sahaja artikel anda di muka hadapan kalau artikel terlalu panjang mungkin anda boleh kurangkan lagi.Kadang-kadang kita mungkin tidak perasan benda-benda seperti ini banyak membuatkan orang ramai malas untuk memasuki blog anda.Jika anda meletakkan artikel banyak-banyak di muka hadapan dan ditambah pula jika terdapat video seperti youtube dan juga gambar tentu sahaja akan membuatkan loading blog anda menjadi berat benda ini mungkin tidak menjadi masalah jika pengunjung itu datang dari negara luar negara kerana mungkin internet connection mereka laju tetapi jika pengunjung ke blog anda itu datang dari malaysia tentu timbul masalah kerana internet connection disini terlalu slow untuk membuka keseluruhan blog anda sahaja sudah memakan masa sehingga 5minit kadang-kadang mungkin lebih.Tentu bosan kan.Ini hanyalah sekadar nasihat daripada aku terpulanglah kepada anda untuk mencorakkan blog anda itu ya.Dan sebelum aku lari topik baik aku tunjukkan cara untuk membuat back to top dengan menggunakan icon.Sila ikuti langkah-langkah untuk membuatnya dibawah.

    1.Pergi ke layout—>Edit HTMl

    2.cari kode ini </b:skin>

    3.Kemudian anda copy kode dibawah ini dan pastekan diatas kode </b:skin> tadi.

    .gototop{

    background:url(http://tinyurl.com/n67r7d) no-repeat 0 0;

    width:28px;

    height:25px;

    display:block;

    _display:none;

    position:fixed;

    z-index:9999;

    text-indent:-9999px;

    overflow:hidden;

    outline:none;

    right:0px;

    bottom:30px;

    }

    4.selepas itu anda cari kode ini pula <div id='header-wrapper'> dan copy pastekan kode di bawah ini diatasnya.

    <a name='gototop'/>

    5.kemudian anda cari kode </body> dan copy paste kan juga kode dibawah ini diatas kode </body> tadi.

    <a class='gototop' href='#gototop' title='Go to Top'>top</a>

    6.kemudian anda savekan template anda.Selesai dan semoga berjaya.


     

    Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Lifestyle theme by Brian Gardner Convert by Bloganol dot com Edit by Arieyblog

    top